Jangkitan oportunis





Jangkitan oportunis ataupun ‘opportunistic infections’ yang kerap didapati di kalangan orang yang menghidap HIV.  Dr. Wong Peng Shyan, Pakar Perunding Perubatan & Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit (ID) di Hospital Pulau Pinang.




Common Opportunistic Infections among HIV patients in Penang, Hospital Pulau Pinang, Malaysia. Dr. Leong Kar Nim, Pakar Perunding Perubatan & Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit (ID) di Hospital Pulau Pinang.




Baru saja didiagnoskan dengan HIV:Pilihan-pilihan rawatan. Dr. Raja Iskandar Shah Raja Azwa, Associate Professor in Infectious Diseases, Department of Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.




Manfaat ujian HIV awal. Dr. Raja Iskandar Shah Raja Azwa, Associate Professor in Infectious Diseases, Department of Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Malaya, Kuala Lumpur explains the importance of early HIV testing and treatment to Temanteman.org audience.

Melakukan ujian HIV adalah sangat penting kepada kesihatan, hubungan anda dengan orang lain, kehidupan dan masa hadapan anda. HIV boleh dicegah, dan anda boleh mengurangkan atau terus menghilangkan risiko anda. Dan pengesanan awal boleh membawa kepada rawatan awal dan hasil rawatan yang lebih baik. Kebanyakkan orang hidup lebih lama; menjalani kehidupan yang normal didahului dengan pengesanan awal dan penjagaan yang betul, disebabkan kemajuan Sains dan juga rawatan HIV yang sangat memberi kesan. 

Jika anda risau anda boleh mendapat HIV, lakukan ujian sekarang. Lebih awal anda didiagnoskan dengan HIV, lebih cerah peluang anda untuk kekal sihat dan menjalani jangka masa hidup yang normal. Melakukan ujian HIV bermakna, sekirannya anda didapati positif untuk HIV, anda boleh memulakan rawatan sebelum jangkitan menyebabkan kerosakkan yang lebih teruk kepada badan dan kesihatan anda. Perkara ini lebih dikenali sebagai ‘diagnosis awal’. Adalah penting untuk melakukan ujian kerana seseorang tanpa diagnosis HIV boleh nampak dan rasa sihat, akan tetapi jangkitan itu akan merosakkan kesihatan mereka lambat laun. Mereka juga boleh memberikan jangkitan tersebut kepada orang lain.

Mengapa diagnosis awal dan rawatan HIV sangat penting?
Sebaik sahaja HIV memasuki tubuh badan manusia, virus itu akan menjangkiti dan memusnahkan sel (dipanggil sel CD4) di dalam darah. Sel CD4 bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dan merupakan sel terpenting dalam sistem imun. Jika anda mengetahui yang anda ada HIV, doktor akan membuat ujian ke atas darah anda secara kerap untuk memantau sistem imun anda. Ujian ini akan mengukur jumlah sel CD4 dalam darah anda (kiraan CD4 anda), dan jumlah HIV yang ada dalam darah (viral load). Doktor akan tahu bila waktu yang paling baik untuk anda mulakan rawatan HIV, yang selalunya akan diberikan menerusi campuran tablet. Permulaan rawatan dapat membantu menaikkan kiraan CD4 dan mengurangkan viral load anda.

Mendapatkan ujian HIV
- Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda mempunyai HIV ataupun tidak adalah dengan membuat ujian HIV. Anda mungkin akan merasa risau untuk membuat ujian, tetapi, sekiranya anda benar-banar ada HIV, lebih cepat anda tahu, keadaan akan jadi lebih baik. Kami menggalakkan semua orang yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti berisko untuk membuat ujian awal.
Pencegahan HIV –Anda boleh melindungi diri anda daripada terkena HIV dengan menggunakan kondom setiap kali anda melakukan seks faraj, dubur, dan oral. Cara ini juga boleh mengelak anda daripada memindahkan jangkitan tersebut sekiranya anda ada.

Nota penting tentang ‘Window Period’  sebelum membuat ujian: Jarak masa di antara masa seseorang dijangkiti HIV dan masa antibodi HIV dapat dikesan melalui ujian dipanggil ‘window period’. Hampir setiap orang yang dijangkiti HIV (99%) antibodinya  hanya akan dapat dikesan 3 bulan selepas jangkitan. Walaubagaimanapun, ujian antibodi yang digunakan pada masa kini adalah lebih sensitif berbanding ujian yang dilakukan dahulu. Kebanyakkan orang akan menghasilkan antibodi yang dapat dikesan dalam masa 30 hari selepas dijangkiti HIV. Oleh itu, anda boleh membuat ujian HIV sebulan selepas tarikh anda terlibat dengan aktiviti-aktiviti berisiko, kemudian sahkan status anda sekali lagi pada bulan ketiga.

Apakah ujian-ujian makmal yang dilakukan semasa ‘baseline’ (kali pertama disahkan positif)?


Kiraan CD4 dapat mengukur bilangan sel CD4 yang ada dalam suatu sampel darah. Sel-sel CD4 merupakan sel yang melawan jangkitan di dalam sistem imun. HIV memusnahkan sel CD4, lalu merosakkan sistem imun. Sistem imun yang rosak menyukarkan badan untuk melawan jangkitan. Rawatan HIV (ART) mencegah HIV daripada merosakkan sel CD4.

ART disarankan kepada setiap orang yang ada HIV, tetapi ART lebih penting dimulakan di kalangan orang yang mempunyai kiraan CD4 yang rendah ataupun kiraan yang jatuh secara mendadak. Kiraan yang jatuh secara mendadak menandakan HIV sedang merosakkan sistem imun.
 
Kiraan CD4 juga digunakan untuk memantau keberkesanan ubat HIV sebaik sahaja ART dimulakan.

Ujian ‘viral load’ mengukur sebanyak mana virus itu ada dalam darah. Rawatan HIV bertujuan untuk mengekalkan ‘viral load’ seseorang serendah mungkin supaya virus itu tidak dapat dikesan lagi dengan ujian ‘viral load’  tersebut. ‘Viral load’ yang tinggi meningkatkan lagi keperluan untuk memulakan ART.

Ujian ‘drug-resistance’ mengenalpasti ubatan HIV yang mana yang tidak lagi berkesan melawan HIV seseorang, sekirang ada. Keputusan ujian ini pula akan digunakan untuk membantu pemilihan ubat HIV yang betul.

Ujian-ujian STI
Jangkitan STI akan menyebakkan jangkitan HIV bertambah teruk dan meningkatkan risiko jangkitan HIV kepada pasangan seksual. Ujian STI menyebabkan sebarang jangkitan STI dapat dikesan dan dirawat dengan baik.

Ujian ‘baseline’ juga merangkumi ujian-ujian lain, seperti kiraan sel darah, ujian fungsi buah pinggang dan hati dan ujian hepatitis.

Sila LANGGANI saluran YouTube rasmi TemanTeman.org untuk akses kepada lebih banyak video nasihat pakar mengenai HIV/AIDS.

INGAT: Diagnosis dan rawatan awal penting bagi mengekalkan kesihatan anda.  Bertindaklah untuk kesihatan dan kehidupan anda.  Lakukan Ujian HIV Hari Ini.  Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan lanjut tentang HIV/AIDS, sila hubungi TemanTeman.org atau Facebook.com/TemanTemanMY


-----------------------------------------------------------------------------------------
谨记:进 行艾滋病毒检测对于您的健康、您的伴侣、您的生活和您的未来很重要。事实上,艾滋病毒是可预防的,您可以减低或消除自己的感染风险。进行早期检测就可以尽 早开始治疗,获得更好的治疗效果。很多病毒感染者通过早期检测和适当的治疗都能够活得很久,并且过着正常的生活,因为科学和艾滋病毒治疗领域取得了很大的 发展。

如果您担心自己可能感染艾滋病毒,马上就进行检测吧。确诊得越早,您保持健康和正常寿命的机会越高。进行艾滋病毒检测就意味着,如 果您被确诊为艾滋病毒阳性,您可以在感染对自己的身体和健康产生过多损害之前开始接受治疗。这就是“早期诊断”。进行艾滋病毒检测很重要,因为未经诊断的 艾滋病毒感染者可能很长一段时间都自我感觉很健康,但实际上病毒感染会严重侵害他们的身体。而且他们还可能把病毒传染给他人。

为什么艾滋病毒的早期诊断和治疗这么重要


人 一旦感染了艾滋病毒,病毒就会感染和破坏血液中的细胞(称为CD4细胞)。CD4细胞担负着抵抗感染的职责,在人类免疫系统中起着关键作用。如果您知道自 己感染了艾滋病毒,医生就可以为您进行定期血液检测,查看您的免疫系统功能是否正常。检测会测量您血液中的CD4细胞的数量(即您的CD4细胞计数)以及 艾滋病毒的数量(病毒载量)。医生就能判断什么时候应该为您开始进行艾滋病毒治疗,通常治疗为抗艾滋病毒药物组合使用。治疗能够提高您的CD4细胞计数并 降低您的病毒载量。