HPV & Genital Warts 人类乳头瘤病毒和生殖器疣

Dalam videos ini Dr. Raja Iskandar Shah Raja Azwa dan Dr. Ilias Adam Yee di PPUM menerangkan tentang diagnosis, rawatan dan cara-cara mencegah HPV dan genital warts.







Dr. Amanda Clarke at The Thai Red Cross AIDS Research Centre explains in English about Genital Warts


Sila LANGGANI saluran YouTube rasmi TemanTeman.org untuk akses kepada lebih banyak video nasihat pakar mengenai HIV/AIDS.

INGAT:
Diagnosis dan rawatan awal penting bagi mengekalkan kesihatan anda.  Bertindaklah untuk kesihatan dan kehidupan anda.  Lakukan Ujian HIV dan Ujian Penyakit Kelamin Hari Ini.  Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan lanjut tentang HIV/AIDS dan Penyakit Kelamin, sila hubungi
TemanTeman.org atau Facebook.com/TemanTemanMY

-----------------------------------------------------------------------------------

Apa itu jangkitan Human Papilloma Virus?
Ini adalah salah satu daripada pelbagai jenis penyakit kelamin di kalangan orang dewasa. Ia mungkin bercirikan dengan ketuat pada bahagian kemaluan (yang kelihatan seperti isi buah anggur). Jangkitan pada pangkal rahim boleh menyebabkan barah pangkal rahim pada masa akan datang.

Apakah penyebab penyakit ini?

Virus HPV adalah virus yang menyebabkan jangkitan pada kemaluan lelaki dan juga lapisan pangkal rahim wanita. Terdapat pelbagai jenis virus ini termasuklah jenis 6 dan 11 yang banyak menyebabkan ketuat pada kemaluan. 70% daripada barah pangkal rahim disebabkan oleh virus HPV jenis 16 dan 18.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana vaksin ini diberikan?
Vaksin ini diperbuat dengan menggunakan protein daripada setiap satu daripada 4 jenis virus HPV yang boleh menyebabkan penyakit yang serius. Vaksin ini diberi kepada remaja-remaja bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya barah pangkal rahim semasa dewasa kelak.

Di Malaysia, vaksin diberikan semasa di tingkatan 1, dan sekiranya anda berusia 13 tahun, anda akan menerima vaksin HPV dengan percuma di Klinik Kesihatan.

Source: myhealth.gov.my