Chlamydia 衣原体




Mengetahui bagaimana Chlamydia dipindahkan dan mempelajari lebih lanjut tentang diagnosis, rawatan dan cara-cara mencegah Chlamydia dari Dr. Ilias Yee.

Sila LANGGANI saluran YouTube rasmi TemanTeman.org untuk akses kepada lebih banyak video nasihat pakar mengenai HIV/AIDS.

INGAT: Diagnosis dan rawatan awal penting bagi mengekalkan kesihatan anda.  Bertindaklah untuk kesihatan dan kehidupan anda.  Lakukan Ujian HIV dan Ujian Penyakit Kelamin Hari Ini.  Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan lanjut tentang HIV/AIDS dan Penyakit Kelamin, sila hubungi
TemanTeman.org atau Facebook.com/TemanTemanMY

------------------------------------------------------------------------------

Chlamydia

Ia merupakan sejenis penyakit kelamin yang paling kerap dialami.
Ia disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis.
Bakteria ini merebak melalui hubungan seks atau sentuhan oral-genital.

Bagaimana anda tahu anda dijangkiti Chlamydia ?

Anda mungkin tidak sedar bahawa anda telah dijangkiti kerana tidak mengalami sebarang tanda/gejala.

Apabila dijangkiti, tanda/gejala mungkin timbul selepas 1 hingga 3 minggu kemudian.

Tanda/gejala jangkitan Chlamydia termasuk :
Mengeluarkan lelehan dari vagina dan saluran kencing
Sakit semasa kencing
Bagi wanita, sakit dibahagian bawah abdomen
Bagi wanita, sakit semasa hubungan seks
Pendarahan antara kitaran haid
Bengkak dibahagian buah zakar bagi lelaki
Demam serta sakit kepala dan sakit badan
Jangkitan mata, jika lelehan badan tersentuh pada mata

Jika anda mengesyaki anda dijangkiti Chlamydia, dapatkan rawatan doktor.


Source: myhealth.gov.my