Sifilis 梅毒





Dr. Masliza Zaid, Pakar Penyakit Berjangkit, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru menerangkan dengan terperinci tentang Sifilis.

 
Dr. Ilias Adam Yee, clinical coordinator for research in AIDS at University Malaya explains about Syphilis.




Dr. James Fletcher di Palang Merah Pusat Penyelidikan AIDS Thailand, Thailand explains about stages of syphilis.

Sila LANGGANI saluran YouTube rasmi TemanTeman.org untuk akses kepada lebih banyak video nasihat pakar mengenai HIV/AIDS.

INGAT: Diagnosis dan rawatan awal penting bagi mengekalkan kesihatan anda.  Bertindaklah untuk kesihatan dan kehidupan anda.  Lakukan Ujian HIV dan Ujian Penyakit Kelamin Hari Ini.  Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan lanjut tentang HIV/AIDS dan Penyakit Kelamin, sila hubungi
TemanTeman.org atau Facebook.com/TemanTemanMY

----------------------------------

Apa itu Sifilis?
Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan 'Treponema pallidum'. Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina. Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan

 

Bagaimana anda tahu anda mengidap Sifilis?
Sifilis berlaku dalam 4 peringkat.

Peringkat 1
    Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada:
        Vagina
        Dubur
        Penis
        Mulut
    Ulser ini dipanggil 'primary chancre' dan akan hilang selepas beberapa minggu
    Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama
    Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran 'chancre' yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudian

Peringkat 2
    Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada bahagian badan, kedua-dua belah tapak tangan dan tapak kaki.
    Ulser boleh timbul pada:
        Bibir
        Mulut
        Kerongkong
        Vagina
        Dubur
    Gejala seperti selesema, demam dan sakit badan mungkin berlaku.
    Peringkat 2 boleh berlaku selama 1-2 minggu dan akan hilang walaupun tanpa rawatan.

Peringkat 3
    Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda/gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.
    Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.

Peringkat 4
    Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk iaitu 'Tertiary Syphilis'
    Kuman 'Spirochetes' telah merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan :
        Otak
        Jantung
        Saraf tunjang
        Tulang

Di antara gejala-gejalanya adalah:
    Kesukaran untuk berjalan
    Kebas
    Buta secara beransur
    Kematian

Apakah komplikasi Sifilis?
    Sifilis sangat merbahaya jika ianya tidak dirawat
    Jika berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang serius, ia tidak dapat dirawati lagi
    Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan bayi yang teruk sejak lahir.

Bagaimana Sifilis dirawat?
    Doktor anda akan membuat diagnosa selepas membuat pemeriksaan dan ujian darah
    Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik
    Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama
    Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak dapat dirawati lagi


SOURCE: www.myhealth.gov.my