Hepatitis C 什么是丙型肝炎?



Apa Itu Hepatitis C? Dr. Sharifah Faridah Syed Omar, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit dan Pensyarah Kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).



Bahagian 1: Apakah hepatitis C dan bagaimanakah ia boleh didiagnos? (Hepatitis C Infection)

Video ini mengandungi maklumat asas tentang virus hepatitis C, cara transmisi, ujian diagnostik, dan cara-cara rawatan dan pencegahan jangkitan (disediakan oleh TREAT Asia/amfAR -- The Foundation for AIDS Research).Bahagian 1: Apakah hepatitis C dan bagaimanakah ia boleh didiagnos? (Hepatitis C Infection)




Bahagian 2: Bagaimanakah hepatitis C dirawat? (Hepatitis C Treatment)


Sila LANGGANI saluran YouTube rasmi TemanTeman.org untuk akses kepada lebih banyak video nasihat pakar mengenai HIV/AIDS.

INGAT: Diagnosis dan rawatan awal penting bagi mengekalkan kesihatan anda.  Bertindaklah untuk kesihatan dan kehidupan anda.  Lakukan Ujian HIV dan Ujian Penyakit Kelamin Hari Ini.  Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan lanjut tentang HIV/AIDS dan Penyakit Kelamin, sila hubungi
TemanTeman.org atau Facebook.com/TemanTemanMY

-------------------------------

“Hepatitis” bermaksud pembengkakkan dan radang pada hati.Ini adalah reaksi semulajadi badan terhadap kecederaan atau jangkitan. Contohnya, hepatitis boleh disebabkan oleh jangkitan contohnya, virus hepatitis C, atau dengan mengambil terlalu banyak alkohol. Sesetengah ubat-ubatan juga boleh menyebabkan hepatitis.

Apabila hepatitis itu disebabkan oleh virus, ia dipanggil viral hepatitis.

Virus-virus yang menyebabkan hepatitis termasuklah virus hepatitis A, B, C, D dan E.

Hepatitis C dipindahkan melalui darah, contohnya:
  •   Pendedahan kepada darah dan produk-produk darah yang sudah dicemari dengan hepatitis C, sekiranya ujian darah tidak dilakukan terlebih dahulu.
  •  Perkongsian peralatan untuk suntikan dadah seperti heroin.
  •  Proses tatu dan tindik yang tidak bersih.
  •  Penggunaan semula alatan medikal yang tidak bersih, contohnya apabila kita mendapat suntikan ubat-ubatan dengan menggunakan jarum suntikan yang pernah digunakan ke atas orang lain sebelum itu.
  •  Perkongsian pisau cukur, yang mungkin terdapat titisan darah.
  •  Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, dan
  •  Daripada ibu kepada bayinya, semasa kehamilan ataupun bersalin.


SOURCE: "Life Loves the Liver Project", TREAT Asia





第一部分:什么是丙型肝炎?如何诊断?(Hepatitis C Infection)




第二部分:如何治疗丙型肝炎?(Hepatitis C Treatment)