Hepatitis A A型肝炎

“Hepatitis” bermaksud pembengkakkan dan radang pada hati.Ini adalah reaksi semulajadi badan terhadap kecederaan atau jangkitan. Contohnya, hepatitis boleh disebabkan oleh jangkitan contohnya, virus hepatitis C, atau dengan mengambil terlalu banyak alkohol. Sesetengah ubat-ubatan juga boleh menyebabkan hepatitis.

Apabila hepatitis itu disebabkan oleh virus, ia dipanggil viral hepatitis.

Virus-virus yang menyebabkan hepatitis termasuklah virus hepatitis A, B, C, D dan E.

Hepatitis A
dipindahkan menerusi makanan dan air yang tercemar. Ia selalunya bukanlah jangkitan yang merbahaya, dan terdapat vaksin yang kita boleh dapatkan untuk mencegahnya.

Rawatan
  • Kebanyakkan orang yang mendapat hepatitis A akan sembuh sendiri dalam beberapa minggu
  • Rehat untuk beberapa hari / minggu dan elakkan dari minum minuman keras
  • Tiada ubatan khusus atau antibiotik bagi merawat hepatitis A

Bagaimanakah untuk mencegah hepatitis A?


Dapatkan vaksin Hepatitis A
Amalkan kebersihan diri:
  • Basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas ke tandas, menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan
  • Pakai sarung tangan jika anda ada menyentuh najis, darah atau cecair badan dari seseorang
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja (najis) yang sempurna terutama salepas banjir atau bencana alam.

Elakkan makanan yang berisiko:
  • Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih,
  • Ais batu kecuali ais batu dibuatkan dari air masak / air dari bekalan botol
  • Makanan separuh masak atau ikan mentah atau jenis kekerang mentah
  • Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna atau makanan panas.
  • Hanya menggunakan air yang bersih
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Elakkan dari berenang dalam kolam air tercemar ataupun sungai yang kotor
Sila LANGGANI saluran YouTube rasmi TemanTeman.org untuk akses kepada lebih banyak video nasihat pakar mengenai HIV/AIDS.

INGAT: Diagnosis dan rawatan awal penting bagi mengekalkan kesihatan anda.  Bertindaklah untuk kesihatan dan kehidupan anda.  Lakukan Ujian HIV dan Ujian Penyakit Kelamin Hari Ini.  Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan lanjut tentang HIV/AIDS dan Penyakit Kelamin, sila hubungi
TemanTeman.org atau Facebook.com/TemanTemanMY

SOURCE: "Life Loves the Liver Project", TREAT Asia and www.myhealth.gov.my