Bagaimana virus Human Immuno Virus (HIV) boleh merebak?



Bagaimana virus Human Immuno Virus (HIV) boleh merebak?  Dr. Masliza Zaid, Pakar Penyakit Berjangkit, Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Malaysia.

Sila LANGGANI saluran YouTube rasmi TemanTeman.org untuk akses kepada lebih banyak video nasihat pakar mengenai HIV/AIDS.

INGAT: Diagnosis dan rawatan awal penting bagi mengekalkan kesihatan anda.  Bertindaklah untuk kesihatan dan kehidupan anda.  Lakukan Ujian HIV Hari Ini.  Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan lanjut tentang HIV/AIDS, sila hubungi TemanTeman.org atau Facebook.com/TemanTemanMY

[MANDARIN]



艾滋病毒的传播模式。曹医生讲解艾滋病传播模式。
Dr. CHOW Ting Soo, Consultant Physician and Infectious Disease Physician, Hospital Pulau Pinang.

谨记:进行艾滋病毒检测对于您的健康、您 的伴侣、您的生活和 您的未来很重要。事实上,艾滋病毒是可预防的,您可以减低或消除自己的感染风险。进行早期检测就可以尽早开始治疗,获得更好的治疗效果。很多病毒感染者通 过早期检测和适当的治疗都能够活得很久,并且过着正常的生活,因为科学和艾滋病毒治疗领域取得了很大的发展。

如果您担心自己可能感染艾滋病毒,马上就进行检测吧。确诊得越早,您保持健康和正常寿命的机会越高。进行艾滋病毒检测就意味着,如果您被确诊为艾滋病毒阳 性,您可以在感染对自己的身体和健康产生过多损害之前开始接受治疗。这就是“早期诊断”。进行艾滋病毒检测很重要,因为未经诊断的艾滋病毒感染者可能很长 一段时间都自我感觉很健康,但实际上病毒感染会严重侵害他们的身体。而且他们还可能把病毒传染给他人。

请访问我们的网站 TemanTeman.orgFacebook.com/TemanTemanMY 以获得更多关于艾滋病毒/艾滋病的信息。

---------------------------------------------
Bagaimana virus Human Immuno Virus (HIV) boleh merebak?

Virus HIV merebak melalui:
  • hubungan seks yang tidak selamat (tanpa perlindungan) dengan orang yang dijangkiti HIV (sama ada heteroseksual atau homoseksual)
  • menggunakan semula jarum / alat tajam atau picagari yang telah digunakan oleh seseorang yang dijangkiti HIV
  • ibu yang dijangkiti HIV kepada bayinya semasa kehamilan, proses kelahiran atau melalui penyusuan susu ibu


Bendalir yang dijangkiti ini boleh meresap ke tubuh badan seseorang semasa :
  •     Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
  •     Berkongsi jarum dan/atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif ( contohnya: bertatu, bertindik/menebuk bahagian badan atau pengambilan dadah secara suntikan)
  •     Terdedah kepada darah seseorang yang HIV positif
  •     Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu
Anda TIDAK akan mendapat HIV melalui :
  •     Bersalam
  •     Berpeluk
  •     Bersin ataupun batuk
  •     Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga
  •     Berenang
  •     Berkongsi perkakas untuk makan


Apakah bendalir badan yang boleh merebak virus HIV?
Bendalir badan yang boleh merebakkan virus HIV adalah seperti berikut:
  •     Darah
  •     Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
  •     Rembesan faraj
  •     Susu

Bolehkah virus HIV merebak melalui seks oral?
Ya, boleh. Jika salah seorang daripada individu tersebut telah dijangkiti virus HIV, pasangannya boleh dijangkiti HIV jika ada ulser atau luka pada mulut semasa melakukannya tanpa perlindungan kondom. Jika tidak tahu status pasangan anda, gunakan kondom. Walaubagaimanapun anda masih lagi terdedah kepada jangkitan virus HIV.

Bolehkah virus HIV merebak melalui berciuman/berkucupan/bercumbuan?

Berciuman/ berkucupan/ bercumbuan tidak menyebabkan jangkitan HIV melainkan air liur pembawa HIV yang berciuman dengannya bercampur dengan darah (jika terdapat luka atau ulser pada mulut).


Adakah virus HIV boleh merebak melalui gigitan nyamuk?
Tidak. Tidak ada bukti saintifik menunjukkkan bahawa gigitan nyamuk boleh merebakkan virus HIV sehingga kini.

Adakah seseorang berisiko dijangkiti virus HIV sekiranya melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kondom?

Ya. Hubungan seks tanpa menggunakan kondom boleh menyebabkan jangkitan HIV. Ini berlaku apabila terdapat perpindahan bendalir tubuh seperti darah dan air mani dari pesakit HIV ke darah seorang yang sihat melalui luka atau sebarang ruang yang membolehkan berlakunya perpindahan tersebut.

Source: www.myhealth.gov.my