Tentang nama kami



"Teman-Teman" bermaksud "kawan" dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. ‘TemanTeman.org’ merupakan pendekatan yang inovatif dan sensitif menggunakan teknologi komunikasi untuk menggalakkan akses kepada maklumat kesihatan seksual, ujian HIV dan perkhidmatan rawatan; serta meningkatkan diagnosis awal dan permulaan rawatan pada masa yang sewajarnya di kalangan kumpulan yang paling berisiko, rakan-rakan dan pengikut di Malaysia dan Indonesia.

TemanTeman.org
menampilkan selebriti, fotografi fesyen, seni dan rekaan grafik dan pakar HIV untuk menormalkan ujian HIV dan mengurangkan stigma yang berkaitan HIV/AIDS dalam masyarakat.