Panduan berlangkah untuk memulakan rawatan HIV



Photo: Infectious Disease Clinic di Hospital Sungai Buloh




Panduan berlangkah untuk memulakan rawatan HIV di Hospital Sungai Buloh, Malaysia.


Photo: Nurses at the University of Malaya Medical Center’s HIV clinic




Panduan berlangkah untuk memulakan rawatan HIV di Kuala Lumpur. Dr. Sharifah Faridah Syed Omar, Consultant in Infectious Diseases and Senior Lecturer, Univerysity Malaya Medical Centre (UMMC).


Melakukan ujian HIV adalah sangat penting kepada kesihatan, hubungan anda dengan orang lain, kehidupan dan masa hadapan anda. HIV boleh dicegah, dan anda boleh mengurangkan atau terus menghilangkan risiko anda. Dan pengesanan awal boleh membawa kepada rawatan awal dan hasil rawatan yang lebih baik. Kebanyakkan orang hidup lebih lama; menjalani kehidupan yang normal didahului dengan pengesanan awal dan penjagaan yang betul, disebabkan kemajuan Sains dan juga rawatan HIV yang sangat memberi kesan. 

Jika anda risau anda boleh mendapat HIV, lakukan ujian sekarang. Lebih awal anda didiagnoskan dengan HIV, lebih cerah peluang anda untuk kekal sihat dan menjalani jangka masa hidup yang normal. Melakukan ujian HIV bermakna, sekirannya anda didapati positif untuk HIV, anda boleh memulakan rawatan sebelum jangkitan menyebabkan kerosakkan yang lebih teruk kepada badan dan kesihatan anda. Perkara ini lebih dikenali sebagai ‘diagnosis awal’. Adalah penting untuk melakukan ujian kerana seseorang tanpa diagnosis HIV boleh nampak dan rasa sihat, akan tetapi jangkitan itu akan merosakkan kesihatan mereka lambat laun. Mereka juga boleh memberikan jangkitan tersebut kepada orang lain.

Mengapa diagnosis awal dan rawatan HIV sangat penting?
Sebaik sahaja HIV memasuki tubuh badan manusia, virus itu akan menjangkiti dan memusnahkan sel (dipanggil sel CD4) di dalam darah. Sel CD4 bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dan merupakan sel terpenting dalam sistem imun. Jika anda mengetahui yang anda ada HIV, doktor akan membuat ujian ke atas darah anda secara kerap untuk memantau sistem imun anda. Ujian ini akan mengukur jumlah sel CD4 dalam darah anda (kiraan CD4 anda), dan jumlah HIV yang ada dalam darah (viral load). Doktor akan tahu bila waktu yang paling baik untuk anda mulakan rawatan HIV, yang selalunya akan diberikan menerusi campuran tablet. Permulaan rawatan dapat membantu menaikkan kiraan CD4 dan mengurangkan viral load anda.

Mendapatkan ujian HIV
Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda mempunyai HIV ataupun tidak adalah dengan membuat ujian HIV. Anda mungkin akan merasa risau untuk membuat ujian, tetapi, sekiranya anda benar-banar ada HIV, lebih cepat anda tahu, keadaan akan jadi lebih baik. Kami menggalakkan semua orang yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti berisko untuk membuat ujian awal.

Pencegahan HIV
Anda boleh melindungi diri anda daripada terkena HIV dengan menggunakan kondom setiap kali anda melakukan seks faraj, dubur, dan oral. Cara ini juga boleh mengelak anda daripada memindahkan jangkitan tersebut sekiranya anda ada.

Nota penting tentang ‘Window Period’  sebelum membuat ujian: Jarak masa di antara masa seseorang dijangkiti HIV dan masa antibodi HIV dapat dikesan melalui ujian dipanggil ‘window period’. Hampir setiap orang yang dijangkiti HIV (99%) antibodinya  hanya akan dapat dikesan 3 bulan selepas jangkitan. Walaubagaimanapun, ujian antibodi yang digunakan pada masa kini adalah lebih sensitif berbanding ujian yang dilakukan dahulu. Kebanyakkan orang akan menghasilkan antibodi yang dapat dikesan dalam masa 30 hari selepas dijangkiti HIV. Oleh itu, anda boleh membuat ujian HIV sebulan selepas tarikh anda terlibat dengan aktiviti-aktiviti berisiko, kemudian sahkan status anda sekali lagi pada bulan ketiga.


Apakah ujian-ujian makmal yang dilakukan semasa ‘baseline’ (kali pertama disahkan positif)?

Kiraan CD4 dapat mengukur bilangan sel CD4 yang ada dalam suatu sampel darah. Sel-sel CD4 merupakan sel yang melawan jangkitan di dalam sistem imun. HIV memusnahkan sel CD4, lalu merosakkan sistem imun. Sistem imun yang rosak menyukarkan badan untuk melawan jangkitan. Rawatan HIV (ART) mencegah HIV daripada merosakkan sel CD4.

ART disarankan kepada setiap orang yang ada HIV, tetapi ART lebih penting dimulakan di kalangan orang yang mempunyai kiraan CD4 yang rendah ataupun kiraan yang jatuh secara mendadak. Kiraan yang jatuh secara mendadak menandakan HIV sedang merosakkan sistem imun.
 
Kiraan CD4 juga digunakan untuk memantau keberkesanan ubat HIV sebaik sahaja ART dimulakan.

Ujian ‘viral load’ mengukur sebanyak mana virus itu ada dalam darah. Rawatan HIV bertujuan untuk mengekalkan ‘viral load’ seseorang serendah mungkin supaya virus itu tidak dapat dikesan lagi dengan ujian ‘viral load’  tersebut. ‘Viral load’ yang tinggi meningkatkan lagi keperluan untuk memulakan ART.

Ujian ‘drug-resistance’ mengenalpasti ubatan HIV yang mana yang tidak lagi berkesan melawan HIV seseorang, sekirang ada. Keputusan ujian ini pula akan digunakan untuk membantu pemilihan ubat HIV yang betul.

Ujian-ujian STI
Jangkitan STI akan menyebakkan jangkitan HIV bertambah teruk dan meningkatkan risiko jangkitan HIV kepada pasangan seksual. Ujian STI menyebabkan sebarang jangkitan STI dapat dikesan dan dirawat dengan baik.

Ujian ‘baseline’ juga merangkumi ujian-ujian lain, seperti kiraan sel darah, ujian fungsi buah pinggang dan hati dan ujian hepatitis.